Hak Asasi Kanak-Kanak
- Kanak-kanak merupakan modal insan yang penting kepada sesebuah negara. Modal insan dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif.
- Sehubungan itu, perlindungan kepada kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah salah satu aspek penting dan hendaklah diberikan keutamaan.
- Perhimbunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 20 November 1989 telah menerima pakai Konvensyen Hak Kanak-Kanak telah memberi perlindungan kepada kanak-kanak di dunia. berdasarkan dokumen ini, kanak-kanak adalah diberikan perlindungan dari segi pengabaian, penderaan, eksploitasi dan mempunyai hak-hak tertentu. Malaysia telah menerima pakai konvensyen tersebut.
- Berdasarkan konvesyen ini, semua kanak-kanak tanpa mengira jantina, latar belakang, status sosio-ekonomi, kepercayaan agama dan kebolehan diiktiraf sebagai individu yang mempunyai hak-hak asasi untuk membesar dan mendapat pelindung dalam kehidupan mereka.
Prinsip-Prinsip Konvensyen:
Konvensyen ini menetapkan beberapa prinsip:
- Tidak ada diskriminasi terhadap kanak-kanak
- Kepentingan terbaik bagi kanak-kanak
- Hak untuk hidup dan berkembang
- Hak untuk penyertaan
Definisi Kanak-Kanak:
Seorang kanak-kanak diiktiraf sebagai seorang yang berumur di bawah 18 tahun melainkan undang-undang negaranya mengiktiraf kedewasaannya sebelum itu.
Hak Kanak-Kanak:
- Hak Kehidupan
- Hak Perlindungan
- Hak Perkembangan
- Hak Penyertaan
Hak Kehidupan : Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat keperluan asas seperti makanan, air bersih, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan. Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bertanggungjawab memastikan kanak-kanak untuk hidup dipenuhi.
Perkara 6:Semua kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup dan negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan perkembangan kanak-kanak tersebut.
Hak Perlindungan : Hak perlindungan kanak-kanak merangkumi perlindungan diskriminasi, penderaan, penderaan dan pengabaian. Ibu bapa atau penjaga mesti memberi penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak.
Perkara 3 : Negara hendaklah memberikan penjagaan secukupnya kepada kanak-kanak melalui pihak berkuasa tempatan.
Perkara 8: Negara mempunyai obligasi untuk melindungi dan jika perlu memantapkan semula aspek asas identiti termasuk kerakyatan dan hubungan kekeluargaan.
Hak Perkembangan : Ibu Bapa keluarga kembangan atau penjaga bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak berkembang dari aspek jasmani, mental, emosi, kerohanian, moral dan sosial. Pendidikan harus diberi kepada kanak-kanak untuk mereka berkembang kepada kanak-kanak berdasarkan keupayaan mereka.
Perkara 5:Negara mesti menghormati tanggungjawab ibu bapa atau keluarga kembangan untuk memberi bimbingan kepada kanak-kanak berdasarkan keupayaan mereka.
Hak Penyertaan : Kanak-kanak juga diberi kebebasan untuk bersuara, memberi pendapat, bergaul dan bermain dengan rakan sebaya. Pandangan dan pendapat mereka berkaitan hal ehwal kanak-kanak harus didengar dan diguna. Mereka juga berhak untuk menyertai aktiviti atau persatuan kelab.
Perkara 12 : Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dengan bebas dalam semua perkara berkaitan dengan hak kanak-kanak.